Friday 8 March 2013

Kejohanan MSP Softball Zon Timur 2013, PSMZA, Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada cuti pertengahan semester jatuh pada tahun baru cina.
Aku hanya dapat bercuti selama beberapa hari sahaja sebelum aku balik Muadzam Shah.
Aku datang semuanya bersebab atas Latihan Pusat Pasukan Softball Politeknik Muadzam Shah.
Selama latihan itu aku telah ditunjuk ajar cara yang betul untuk bermain dalam permainan ini.
Alhamdulillah aku sudah hampir menguasai sukan ini.
Tetapi aku berterus terang dengan Team aku.
"maafkan aku ini bukan sukan aku, aku adalah pemain hoki"
so mereka mengerti apa yang aku ingin sampaikan,
kami terus berlatih dan terus berlatih.
bila sampai nak buat Perlawanan Persahabatan dengan POLISAS,
Aku kenalah buat betul-betul untuk mendapatkan dalam "first 9".
Alhamdulillah.
Akhirnya aku dapat jugak didalam "first 9".
aku bermain di posisi "first base".
mula-mula agak gementarlah jugak dapat posisi yang paling berat .
So, pada perlawanan tersebut PMS kalah dengan POLISAS dengan 4-8.
Tidak mengapa, ada masa boleh diperbaiki sebelum Pertandingan tersebut.
Atas bimbingan jurulatih, pengurus pasukan, insyaAllah pasukan PMS lebih mantap dari tahun sebelum ini.
sebelum ini mereka ingat pasukan PMS dalam softball ini "sayoorrr je".
TIDAK SAMA SEKALI.
jangan pandang rendah dengan Pasukan kami.
Tiba dihari pertandingan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Terengganu.
Hanya 4 pasukan Lelaki dan 2 pasukan Wanita yang menyertai dalam pertandingan ini
Hanya Juara dan Naib Juara akan mewakili Kejohanan MSP Softball Grand Final 2013, PSAS, Perak.
Alhamdulillah.
2 pasukan Lelaki dan Wanita PMS dapat Naib Juara.
Pasukan kami akan ke Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak.

Berikut keputusan perlawanan tersebut.
PMS vs PSMZA
0     -     15

PMS vs PKB
9     -     1

PMS vs POLISAS
2         -        6

#PMS layak atas larian kena yang sedikit. PKB mengalahkan POLISAS, 8 - 7.

Sweet Moment Memories



Naib Johan Zon Timur 2013

Road to Grand Final .
Alhamdulillah :)


















No comments:

Post a Comment