Monday 24 December 2012

SEMESTER 4. BIG TROUBLEMAKER FOR FINAL PROJECT

Assalamualaikum
lamanya tak update.
pejam celik pejam celik dah masok semester 4.
terasa rindu pulak dengan semester lama.
lepas sorang-sorang pergi meninggalkan pengajian di Politeknik aku.
atas sbb yg tak dapat dielakkan.
so good luck kepada mereka yg meninggalkan alam pengajian di Politeknik.

welcome to SEMESTER 4 !!!!!

semester kali ini tak sama dengan semester sebelum nie.
semester kali lebih mencabar minda dan juga fizikal aku untuk menghadapi semua rintangan.
so , nak ke tak nak, aku kene rempuhnya juga demi KELUARGA.
mereka telah meletakkan aku harapan yg tinggi.
so aku tak boleh main-main lagi.
tapi belajar-belajar jugak.
persiapan minda, fizikal dan juga mental perlu kuat.
aku melakukan rutin harian aku berjoggimg , bermain bersama teman-teman seperjuangan .
aku memang suka main HOKI.
dari dulu aku minat sangat akan permainan ini.
sekolah rendah, ,menengah, kelab, hingga ke IPTA .
aku selalu join permainan ini, walaupun ada yg mengatakan permainan ini susah dan menyakitkan. 
padahal sukan membolehkan kita membentukkan diri seseorang itu berdisiplin.

belajar sudah, sukan sudah. bagaimana dengan amal ibadah kita???
jangan lupa 5 perkara .
"Ingat 5 perkara, Sebelum 5 perkara."
insyaAllah aku akan usaha mencukupkan amal ibadah aku.
amin.

Final Project.
memikirkan project apa yang aku harus lakukan .
Network ??? Programming ??? Mobile Development ??? Multimedia ???
perlukah aku gabungkan kesemua bahagian diatas ini???
Lecture aku mencadangkan suruh buat "Android".
ternyata aku baru nak belajar buat application itu pada semester kali ini.
bagaimana aku "menbangunkan Application" tersebut???
aku blurrrr... seketika.
final project kali kene buat group.
so aku sudah ada group sendiri.
1) MUHAMAD NURSYAFIQ BIN BAKARUDDIN
2) ERIC LAU WAN KWAN
3) HARRIF BIN HARON
kami bertiga bersedia apa segala rintangan yg perlu tempuhi.
doakan kejayaan saya nanti kelak.


selamat maju jaya kepada rakan seperjuangan.
harap kita semua berjaya mendapat segulung Diploma.
amin.


# jangan main-main kali ini dah semester 4 dah. - MAMA
# pointer jangan turun, kalo boleh dapatkan 4.00. - AYAH
# masa untuk sudah habis "BRO" - ABANG LONG









Saturday 3 November 2012

BlackBerry Bold 3

Assalamualaikum.
akhirnya aku ter-RAJIN la pulak nak menaip blog.
Alhamdulillah.
ini cerita semua berlaku sebelum RAYA HAJI.
pada 20-21 Oktober 2012.
member aku dari TERENGGANU nak beli handphone untuk kakak dia.
so apa lagi hari sabtu pagi-pagi lagi dah kuar dari Politeknik Muadzam Shah.
terus naik bas MARALiner ke KUALA LUMPUR.
tapi tu la.
Manusia hanya mampu merancang sahaja.
yang menentukan ialah Allah SWT.
sampai KL tepat pada pukul 2 petang.
then aku cakap kat member aku , DIN n HARRIF 
"esok je la kita pergi low yat"
so mereka setuju.

Malam tu kami ada projek lain.
duduk lepak kat area Setiawangsa & Wangsa Maju je.
Lepak duduk tengok bola kat Restorant NZ Curry House.
Arsenal vs Norwich
Arsenal kalah pulak..
hehehehe..

hari ke esok kan nya pulak.
pukul 11 pagi terus pergi plaza low yat.
 sampai je situ .
alang mencelup perkasam biar sampai ke pangkal lengan.
hehehehe.
aku sebenarnya nak mencari BB.
BroardBand???
bukan la..
BlackBerry.
hahahha
BlackBerry 9780 ataupun Bold 3.
tawaran aku masih tinggi bagi aku.
tapi tak apa la.
aku lepaskan member aku beli SONY GO.
wwwwoooowwww 
water proof tu..
kalau tak dapat hari tu jugakk tak apa.
hari lain masih ada.

Minggu depan nya pula.
Cuti Raya Haji bermula.
malam raya tu aku beroperasi mencari BlackBerry Bold 3
wwwooowww
akhirnya !!!!
Alhamdulillah.
aku dapat jugakkk BlackBerry Bold 3.
dengan harga tawaran yg rendah n memikat si pembeli.
hehehe


then inilah fungsinya apabila sudah ada BlackBerry Bold 3.

Blogger 

Wallpaper mula-mula beli. made by Vodafone

tweet-tweet (Twitter)

BlackBerry Messenger (BBM)

Facebook

What upps

 banyak lagi aku belum install.
sbb aku pakai BlackBerry nie.
member aku sudah ramai pakai BlackBerry nie.
diowg asyik tnye je bila la kau nak pakai BlackBerry nie.
hahaha
so sampai disini sahaja cerita ini.
bye :)

Assalamualaikum

:: BlackBerry gaya kehidupan bersosial.
:: bersosial-bersosial jugak. Dah nak FINAL EXAM dah nie



























Saturday 22 September 2012

I N S P I R E 2.0

Assalamualaikum.
hari ini saya nak cerita cikit la.
pada beberape minggu yg lalu.
saya ada pergi satu program Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) nie.
seramai 10 orang yg mewakili JPKK Politeknik Muadzam Shah, Pahang.
bertempat di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang Darul Makmur.
namanya "I N S P I R E  2.0"
anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) & Jabatan Pengajian Politeknik (JPP)

mula-mula ingatkan mcm program "BERSIH 2.0" tu.
rupa-rupanya bukan SYAFIQ.
hehehehe~
"I N S P I R E" adalah nama singkatan dari.
"Installing Spiritual And Interpersonal Qualities Among Future Leader"
wah terbelit nak sebut nama tu.
hahahaha~.
program nie bertujuan untuk meningkatkan kualiti & semangat sebagai pemimpin pada masa akan datang.

tema bagi program ini adalah.
"Transformasi JPKK Menjana Kecemerlangan"
program yg berjalan selama 3 hari 2 malam.
penuh dengan pengisian program.
mmg tak ada masa nak rehat yeh EN. SYAFIQ.
hahahaha~
penat, sedih, pilu, suka, gembira, ketawa & mcm-mcm lagi la.
yang paling sedih lagi adalah.
cermin mata aku patah semasa program sedang berlangsung.
sedih medehhh..
dah la rabun + silau.
hari pertama dah kene mcm tu.
adoi yai.
Tapi semangat tu tetap ada pada diri ini.
semangat tu yg membuat saya lebih mantap untuk memimpin di tempat pengajian saya sekarang.

Semasa program sedang berlangsung .
kami semua terpaksa & rela hati berpecah.
so saya dapat dalam Kumpulan 14.
wahhh ~ kawan baru.
hehehehehe~
ramai jugaklah kawan baru saya dapat.
seronoknya.
walaupun berlainan Politeknik.
sporting gilerrrr.
dalam program itu jugak.
saya jumpa member lama saya .
member sekolah menengah & rendah.
namanya 
Jody Abdul Jawwad & Muhammad Ali.
bertambah seronok la.
jumpa member lama.
mereka dari Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)

Oukey now !!!
mari kita tengok gelagat geng "INSPIRE 2.0"
































































































hahahaha~.
mcm- mcm la mereka nie kan.
apa-apa kami semua gembira.
kalau boleh program sebegini mesti diadakan selalu.
tapi tak apa la.
next time kita jumpa lagi yeh KAWAN-KAWAN.
apa yg penting adalah.
"Bersatu Demi Persahabatan"
InsyaAllah.


 ## Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. 
## Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh.
## Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup.
## Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan.